Hmm, pagi ni lain dari lain. Selalunye aku dah kiok time camnih. Tapi sebab semalam, tertidur awal lepas masak. Nak tambah perisa kat story, maybe penat sebab semalam menumbuk dgn batu lesung kot. [motif!! hahaha].
Yela, blender rumah rosak, so dapat jugakla merasa macam mana org dulu2 masak. Mungkin inilah sebabnye tangan org dulu2 berurat berketul. Tangan aku ni pulak, setakat guna jari aje petik suis on off tu, ape kes kan nak compare,, Hahaha
Maka, hari ni pun bergolek-golek, terbangun awal. Pastu tak bole tido. Tetiba, mata melirik ke arah sebijik bola yang dibeli kat Ireland dulu. Bola saguhati untuk diri sendiri. Lalu lantas tangan ini merampas bola itu yang duduk senyap atas meja dan aku pon lambung bola ke arah siling.
Aku bukannye percaya pun. Just saje2. Lucky ke tak aku ni, aku pun tak tahu. Kalau nak yang terbaik untuk diri, segala-galanya kena diri yang mulakan. Tak boleh nak mengharap pada ihsan orang lain je.
"Yang bulat tak akan datang bergolek, yang pipih tak akan datang melayang"
Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan. Rabbi yassir wala tu'assir. Rabbi atmim bil khoir. Amin
cami nih ko ke?
ReplyDeleteada double integral kalkulator tu yg mahal 2..ha3
hehee. aku la. dulu berhabuk blog ni x hupdate. Pasal kalkulator tu memang waja kan?? hahaha ;p
ReplyDelete