Warning to reader (if there's any). My blog may not contain fairy tales where all the stories are sweet and nice. If you feel that you're going to puke because of the emotional journey and negativity of my blog, find another damn blog to read.

Sunday, October 30, 2011

BEGIN WITH THE END IN MIND

Kuotasi yang menarik,
Aku dengar daripada teman seorang ni,
Kalau aku boleh apply,
Aku tak akan jadi si celik yang buta,
Tak jadi pendengar yang tuli,
Tak jadi tukang bicara yang bisu.


Sebab, kalau aku boleh apply,
Hala tujuku konkrit,
Pergerakanku rempit,
Hela nafasku dinamit.


--- Silamku ---


Aku ingat lagi,
Waktu kecik2 dulu, zaman sekolah rendah,
Darjah 6 kena ambik UPSR,
Selalu disuruh, bayangkan keadaan bila dapat 5A.
Tangan pegang sijil... Naik pentas.
Bayangkan, balik rumah seronok,
Dapat tunjuk keluarga, keputusan cemerlang.


Waktu PMR, pergi kem motivasi,
Fasilitatior pun suruh bayangkan,
Perasaan dapat 9A.
Naikkan nama sekolah,
Bayangkan, cikgu semua gembira,
Sebab berjaya.


Dan semuanya diulang. dan diulang...
Dibayang dibayang.


Tapi, bayangan selalu terhapus,
Bayangan tidak kekal,
Lepas habis UPSR dapat 5A, tak tahu nak bayang apa,
Sibuk membayangkan pasal UPSR lagi,
Pastu sekolah kata; bayangkan dapat 9A pulak waktu PMR,
Lepas habis PMR dapat 9A, sekali lagi tak tahu nak bayang apa,
Sibuk mengimbau pasal PMR pulak,


Dan kitaran itu berulang dan berulang


--- Komentari ---


Sebenarnya konsep 'Mulakan Dengan Pengakhiran di Minda' dah lama aku praktikkan,
Tapi, 'Pengakhiran' yang selalu dibayang hanyalah pengakhiran yang sementara,
Sebab, bila dah garap 'Pengakhiran' tu, mesti lepas tu Lost...
Membuat aku tercari-cari, 'Pengakhiran' yang baru untuk dibayangkan.


Dulu, 'Pengakhiran' itu selalu disuap,
Oleh ibu bapa, oleh sekolah, oleh kawan-kawan,
Tapi, sampai bila nak kena suap?
Sampai bila 'Pengakhiran' itu bukan sebenarnya 'Pengakhiran' tapi masih satu 'Permulaan'?
Membuatkan aku kembali mengah, kerana disangka urusan sudah SELESAI??
Adakah aku menipu diri aku sendiri???
So, nak salahkan sapa sekarang ni??
Salahkan kawan?? family? ke salahkan cikgu sebab menanam 'Pengakhiran' sementara dalam benak aku??
Aku xboleh salahkan sesiapa, tapi salahkan diri,
Sebab masih tak matang untuk membuat keputusan sendiri.


Akhirnya, aku terfikir, seharusnya aku membayangkan apa yang aku panggil :


PENGAKHIRAN ABSOLUT

--- The Climb ---

Aku suka dengar lagu ni,
Sebab dia membuka mata aku tentang realiti sebenar kehidupan.
Sebab tu nama blog pun The Inevitable Reality. [motif sangat kan? hahahaa!!]
Cuba hayati:



Lagu ni mengatakan yang, hidup ni suatu pendakian,
Berbukit-bukit, berliku-liku,
Yang penting pendakian itu berterusan.

--- Komentari 2 ---

Topik yang mungkin membosankan ni membuatkan aku nak mewarna dan melukis la pulak.. Hahahaa










AaaaAAA!!!
Jerit sikit... [memang takde motif hahahaa!!]
Kalau rujuk lagu The Climb ni,
Bukit-bukau ni melambangkan 'Pengakhiran' yang selalu aku bayang,
Juga dikatakan bukit bukau dalam hidup ni tak pernah akan berhenti,
Persoalannya, betul ke??

Kerana itu aku kembali kepada jawapan,
Berkaitan Pengakhiran Absolut

Maka, persoalan timbul lagi?
Aku kan masih muda, isu 'Pengakhiran Absolut' masih jauh terkehadapan,
Perlu ke fikir sejauh tu??

Rasa-rasa perlu ke x syahmi?
Hmmm.
Sebenarnya,
'Pengakhiran Absolut' boleh jadi sangat hampir dengan kita,
Mungkin malam ni, mungkin esok, hanya tuhan yang tahu,
Sebab tu,  kena sentiasa bersiap?
Kerana sesunnguhnya, orang yang bijak itu adalah orang yang tidak lekang dari memikirkan...
Soal kematian.

Kesimpulannya,
Aku tak tahu grammar nya betul ke salah,
Konteksnya dapat difahami atau tak,
Aku tetap nak alter:

"BEGIN WITH THE TEMPORARY ENDS AND THE ABSOLUTE END IN MIND"

hahahaaa!! Disebabkan topik yang bernada agak serius kali ni. heheee!! Pelik la pulak aku rasa diri aku ni!! yada yada till next time :)

No comments:

Post a Comment

No maki hamun ok, dosa tau!

Post Hangat!!!! lol ;p