Warning to reader (if there's any). My blog may not contain fairy tales where all the stories are sweet and nice. If you feel that you're going to puke because of the emotional journey and negativity of my blog, find another damn blog to read.

Saturday, October 15, 2011

Lidah sakit - Tak boleh comolot

Setiap khamis, memang dah termaktub dalam helaian kertas yang tergantung kat dapur bahawasanya aku kena MASAK. Masak! Masak?

Jujurla, aku ni boleh memasak satu dua lauk, tapi aku tiada 'passion' nak masak. Tapi , pada tanggal 13 october 2011, aku terlebih waja la pulak. Maka dengan itu, aku pun berhasrat untuk masak Sup Ayam. Slurrpp.

Aku masak tak banyak la, sebab orang serumah ada empat orang je pun. Maka, aku pun guna periuk yang sederhana besar sebab nak buat kuahnye lebih sikit. Mengancam kan?? Hehee

Maka, aku pun memulakan usaha-usaha memasak. Pergi dapur, tup-tup.. Camni la reaksi aku, "Apehal la melambak sangat barang dalam sinki nih!". Pastu aku akan mula membebel sorang-sorang kat dapur tu.

Walaupun hanya ade beberapa pinggan, gelas dan sudu kotor kat sinki, dan takde periuk berbaldi-baldi, tapi come-on la, benda kecik camtu pun x reti-reti nak basuh ke? Aku ni tak boleh nak start kerja selagi sinki tu tak clear. Paham-paham la.

Kalau x reti basuh, meh sini aku tolong ajar*.

1. Bukak paip
2. Alirkan air
3. Minyak2 tu amik span bersabun pastu sental
4. Bilas dengan air


Haa.. kalau korang belajar Malay A1, apa yang tengah aku merepek ni namanya SINISME.






Ape-ape pun, jom balik ke pangkal jalan. Nak masak sup ayam, kenalah ada ape?


Jawab... mana jawapan? Ayam la.. Hahaa





Ciput je pun. Relax je. Adela dalam 4 ketul dalam plastik nih. Masak pun senang sebab tak banyak.









Pastu-pastu kena ada bahan. Contohnye cam gambar kat bawah ni.


Melainkan tomato, bahan-bahan lain tu 'basic' la untuk kebanyakan masakan Melayu. Benda alah lain yang aku guna:
- Sup bunjut
- Kiub ayam
- Lada hitam (Black pepper)
- Carrot
- Celery - xtau apa dalam BM
- Garam 
- Gula
- Cili padi



Tup-tup, kacing kecheng. Sup ayam pun siap. Aku agak seronok sebab aku boleh bagi 4 bintang la untuk sup aku. Selalunya, aku ni masak tak jadi sangat. Tawar la, pedas nak mampus la. Kali ni boleh tahan.

......


Korang mesti tertanya-tanya kan ape kaitnya stori aku ni dengan tajuk. Tajuk ape? Sila lihat di atas ye. Hahaa!! =)

Nak jadikan cerita, aku ni suka makan panas-panas. Dah sedap-sedap aku amik kuah, ayam dan segala sayur tu, aku pun start makan. Selalunya aku agak berwaspada dengan masakan terutamanya masakan sendiri sebab selalu tak jadi, tapi sebab kali ni agak best sebab sup menjadi, aku pun suapla nasi.


Ouch! Tetiba rasa panas sangat. Kentang tu still panas lagi!!! Mau lecur lidah aku. Aku tak buang, aku biar je kentang tu atas lidah. Kesannya, lidah aku macam hilang deria rasa untuk dua hari.

X rasa pedih, x kronik. Cuma rasa lain macam kat mulut. Sekarang dah okay dah lidah. Alhamdulillah =)

Bab comolot lak- memang takde kaitan, cuma nak generalise apa yang x boleh buat bila lidah hilang deria. Hahaha! Motif... Motif?? hahahaa (",)

2 comments:

  1. So, ko nk ckp ko x leh comolot disebabkan dari kentang yang panas dari sup ko yg 4 bintang yg menyebabkan lidah ko hilang deria? haha..

    p/s: nk comolot leh cume x rase je.. XD

    ReplyDelete
  2. betul gak kan.. aku nye reasoning tak valid la.. hahaha!! ntah pape aku ni ;)

    ReplyDelete

No maki hamun ok, dosa tau!

Post Hangat!!!! lol ;p