Warning to reader (if there's any). My blog may not contain fairy tales where all the stories are sweet and nice. If you feel that you're going to puke because of the emotional journey and negativity of my blog, find another damn blog to read.

Tuesday, November 6, 2012

Dimming light

The heart dances as it listens,
To the dark melody, 
Stretching the hands upward,
Reaching the gliding swallow...

Tears falling down,
Subzeroed by freezing soul,
The heart continue to race,
This long yet intertwined journey,
As the light in the eye dims, 
Covered by shining armor,
Piercing through the truth of reality...



Friday, July 27, 2012

SESIFAR SALJU

Bertebaran manik-manik
Dalam gumpalan kapas di apungan
Termendap
Memandi bumi

Indahnya salju dijunjung
Namun junjungan hanya sementara
Pesonanya hanya sedetik
Sedetik itulah seluruhan jiwa bergembira
Salju terus memandi bumi
Seluruhan jiwa menyepi
Menonton dari tetingkap di balik lelangsir
Mengharap salju dihenti

Salju
Yang pesonanya hanya sedetik
Cair dalam genggaman
Licin bila diinjak
Kotor masa berlalu
Meliar tatkala berbondong
Dirindui sewaktu tiada
Dibenci di depan mata

Kelesuan salju
Persis manusia
Tanpa ayatNya
Cantik di permukaan... tandus di dalam,
Kerna salju,
Melupakan warna asalnya.

Dari kosong ia hadir, kepada kosong ia berakhir.



1 Januari 2012
Nottingham - UK
Memandang menembusi jendela tanpa salju di musim sejuk



Sebena-bena nyelah, puisi ni cadang nyelah, nak masuk pertandingan. Tapi, obviously la takkan menang punye sbb geng2 GKLN lagi mantop. Ha, so saya post kat sini jelah. Sajak saya ni pon tahap budak sekola je kikiki



Tuesday, April 3, 2012

Permata atau kaca

Sewaktu dalam perjalanan pulang dari kelas, aku agak dikejutkan dgn satu insisden yang terjadi tak berapa lama dulu. Aku lalu depan satu rumah ni, dari jauh nampak la ada satu kereta tgh park dan ade orang tengah sembang. Bila aku nak bypass kereta tu, tetiba anak orang yang sembang2 tu tegur aku cakap hai!! How are you.? Terkejut gak ar. Parents budak tu yang duk sembang perasan tapi buat dek jer.. So, berdasarkan fakta kes ni, dapatla aku simpulkan, budak kecik pada awalnya suci je. Terpulang pada surrounding, family untuk gilap sama ada anak kecil tu jadik kaca atau prmata

Thursday, February 2, 2012

anak kecil main api

Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi~~

cecitanya sekarang bukan pasal lagu ni,
pasal aku. my hand burns.
akibat bermain dgn steam..

rasa2nya, manala datang steam tu.

-Lab?
-Dapur?
-Ekzoz keta?
-Coffee machine?

Ini baru panas dunia..

me-merah tgn aku.. sob~

Wednesday, February 1, 2012

Sob~

Baru lepas menonton satu filem yang massyyuuk!!


Banyak tema diketengahkan. Antaranya:

-Ketabahan seorang gadis, Delisa
-Kasih sayang dalam kekeluargaan, ibu, ayah
-Pendidikan, khususnya bab keagamaan dan kerohanian
-Bencana alam
-Sikap cakna masyarakat luar terhadap mangsa
-etc

Nak komen sikit je:

Basically, aku seronok tengok cerita ni. Watak2nya sedap dipandang, boleh tahan hot, xde la muka bukit. hahaa motif??! Ada part yang syahdu sangat. Isk~ InsyaAllah boleh mendatangkan keinsafan. Ada gak part lawak. So, tengok jgn x tengok!! Just ade part kapal macam kartun sikit, tapi don't worry, still bearable. =)

skor: 9/10

p/s: Support industri perfileman. Jangan lupa beli dvd ye. haha. motif sannggatt!!

Saturday, January 21, 2012

Cleansing

If you think your wrongdoings are huge enough, remember, that Allah's compassion is even greater. O Lord, guide me to your redha.



Tuesday, January 3, 2012

persediaan & kesediaan

Ingin diperkatakan di sini bahawasanya persediaan amatlah penting. Sama ada untuk membuat pembentangan, belajar, menghadap santapan pagi, melancong, memasak dsb.

Kadang-kala kita sibuk memikirkan perkara yang besar-besar sehingga elemen 'kecil' tanpa disedari terabai dari pandangan. Memang diakui bahawa untuk fokus pada semua isu sekaligus agak sukar dilakukan, kerana itu perancangan dan persediaan amat penting dalam memastikan kelancaran seuatu agenda tidak dikorbankan.

Contoh, bagi seorang pelajar kejuruteraan macam saya, sekiranya mahu pergi ke dewan peperiksaan, pembaris panjang amatlah membantu dalam mencapai kadar effisiensi seratus parsen. Maka, bersedialah sebelum terlambat.

Bersama pembaris panjang:


Tanpa pembaris:


Ingin saya perjelaskan di sini, perbezaan 0.8 yang seciput tu boleh menjadi garis pemisah selamat atau tidak seseorang pelajar kejuruteraan kimia. Sedihnyer... 

Juga jangan dilupa, tujuan absolut kita di Bumi bukanlah di Bumi. Maka bersedialah untuk menghadapi ujian terbesar yang pertama dan terakhir di padang Mahsyar kelak. Sedikit coretan kata yang menarik minat saya:

Orang yang bijak tidak membina mahligai di tengah jambatan, tetapi membinanya setelah sampai ke destinasi.



Sunday, January 1, 2012

winter gathering

Awesome. I believe that explains everything. Meeting friends. Learning and reminding.

Sometimes, the thing you can't do by yourself and you feel powerless, that's when the supports and wishes injected by others become your strength.

Keep nagging. Make doa as only Allah the Lord of the universe understand you mostly. 

Post Hangat!!!! lol ;p