Warning to reader (if there's any). My blog may not contain fairy tales where all the stories are sweet and nice. If you feel that you're going to puke because of the emotional journey and negativity of my blog, find another damn blog to read.

Tuesday, January 3, 2012

persediaan & kesediaan

Ingin diperkatakan di sini bahawasanya persediaan amatlah penting. Sama ada untuk membuat pembentangan, belajar, menghadap santapan pagi, melancong, memasak dsb.

Kadang-kala kita sibuk memikirkan perkara yang besar-besar sehingga elemen 'kecil' tanpa disedari terabai dari pandangan. Memang diakui bahawa untuk fokus pada semua isu sekaligus agak sukar dilakukan, kerana itu perancangan dan persediaan amat penting dalam memastikan kelancaran seuatu agenda tidak dikorbankan.

Contoh, bagi seorang pelajar kejuruteraan macam saya, sekiranya mahu pergi ke dewan peperiksaan, pembaris panjang amatlah membantu dalam mencapai kadar effisiensi seratus parsen. Maka, bersedialah sebelum terlambat.

Bersama pembaris panjang:


Tanpa pembaris:


Ingin saya perjelaskan di sini, perbezaan 0.8 yang seciput tu boleh menjadi garis pemisah selamat atau tidak seseorang pelajar kejuruteraan kimia. Sedihnyer... 

Juga jangan dilupa, tujuan absolut kita di Bumi bukanlah di Bumi. Maka bersedialah untuk menghadapi ujian terbesar yang pertama dan terakhir di padang Mahsyar kelak. Sedikit coretan kata yang menarik minat saya:

Orang yang bijak tidak membina mahligai di tengah jambatan, tetapi membinanya setelah sampai ke destinasi.



2 comments:

  1. well this is true..n why not we build them together n start from now on? or even continue what has been done before? sunatullah kata buat sama2 lebih effisien kan?

    ReplyDelete
  2. moga2 dikuatkan hati ni utk bersama menyumbang. =)

    ReplyDelete

No maki hamun ok, dosa tau!

Post Hangat!!!! lol ;p