Warning to reader (if there's any). My blog may not contain fairy tales where all the stories are sweet and nice. If you feel that you're going to puke because of the emotional journey and negativity of my blog, find another damn blog to read.

Monday, February 23, 2015

Journal #1

I came across my (old) journal that I wrote years ago! It was not written voluntarily  but kinda like a homework for my English classes when i was 16 y/o. Just wanna reminisce the past. Yea... i'm 25 and i feel old LOL

---


27/4/2006

"I would like to tell about my pet. Actually, i keep tortoises as my pet. Tortoises are cute and lovely. For the first time I kept them, I kept two tortoises. I kept them in a plastic cage. There were a bridge, a coconut tree and marbles for the tortoises play with. The two tortoises always stay near each other. Maybe it was a male and a female. I love to see the tortoises feed with food. The tortoises will put their head outside the water to have the food. I felt very sad when one of the tortoises died. The hawker that sell the tortoises forgot to tell me to put chlorine to kill bacteria. Only one tortoise left staying alone in the cage. So, I decided to buy two more tortoises. So, I have three tortoises, but a week later a tortoise died. I only have two tortoises now. I bring them everywhere and everytime. The two tortoises have traveled with me to Terengganu, Johor and Melaka when the school holiday. After 2 month, one tortoise died. There's only the first tortoise that i buy still alive. I don't have enough money to buy another tortoises and food. So, I sell back the tortoise to the hawker."

---

Commentary:
Tortoise film Academy Award Winner!


Ulasan buku #1 - The Next Trillion

Helloooo Lemon-lemon!!

Selepas dah lama tidak ketemu sorang kawan ni, tetiba pengulas dapatlah satu panggilan ni daripada si dia. Katanya ingin berjumpa rupa-rupanya dia ada terlibat dengan satu bisnes iaitu Amway.

Disebabkan pengulas ni jenis orang yang tak berapa nak kisah, pengulas pon join la satu event kecil melibatkan beberapa orang untuk berucap. Pengulas tak pernah ada sejarah hitam dengan orang-orang yang buat MLM, & pengulas paham yang diorang ni pon nak cari rezeki, so pengulas pon open-minded jela :P

As long insan-insan network marketing ni tidak melebihi batasan kemanusiaan, pengulas tiada masalah dengan mereka.

Selepas dengar 'ceramah' ni, pengulas boleh katalah yang ianya sedikit sebanyak jadi eye opener. Kebanyakan benda yang dia sebut ni sebenarnya mungkin kita dah tahu cuma tak ambil tahu takpun tak sempat nak kisah.

Antara benda positif yang pengulas nak kongsi:
  • Kita kena plan masa depan. Buat la timeline apa yang kita nak jadi in 5 ke 10 ke years time in the future
  • The possibility of having passive income is there, sama ada kita nak ke tak nak je.
  • Sentiasa optimistik dan jangan putus asa.

Antara yang pengulas nak sangat ialah 'total freedom'. Ada full control of ourselves and financial independency. (tapi pengulas paham yang freedom comes with a price, meaning kenalah kerja kuat dulu / haggle kawan2 dulu supaya jadi downline kita hahahaa!!)

Ops!! dah lari topik sikit. So, buku yang pengulas baca ni dipinjamkan oleh kawan pengulas selepas program ceramah tu. And pengulas adala baca sikit sampai chapter 2 sebab dah lama pengulas tak baca buku hahaha!!!.


Antara intipati yang pengulas dapat amek dari dua chapter yang dibaca:

akan bersambung...


UPDATE: in the end aku tak ingat apa aku nak tulis sebab dah lama sangat kakakakaka!!!!!

Tanggapan Awal Anime #2 - Log Horizon Season 2

Apa khabar lemon2 haha! Entri kali ni pengulas nak kasi review sikit sama satu anime yang kembali untuk musim kedua dalam siri anime musim luruh 2014. Mempersembahkan!!!


Log Horizon (Season 2)




  • Sedikit sebanyak jalan ceghita
Siri kedua log horizon (seperti mana suggested) adalah satu kesinambungan pada jalan cerita siri pertama yang terhenti setelah adegan full raid yang melibatkan Travellers demi melindungi People of the Land dari serangan raksaksa. Episod permulaan tidak banyak mengetengahkan plot ultimate anime ini, tetapi Shiroe (main character) ni nak buat another full raid kat satu dungeon yang apa rahsianya pon pengulas tak tahu. Bandar yang diorang duduk ni pon ada diancam kuasa dari selatan (South). Bagi sesiapa yang agak ketinggalan, basically anime ni pasal mereka2 yang terperangkap dalam dunia virtual online gaming typical. Perbezaannya dari anime lain ialah dia lebih banyak menceritakan tentang the technical aspect of 'living in the game'. Begitulah ceritanya.

  • Kembali menonton?

Disebabkan pengulas dah tengok season 1, mestilah nak tengok season 2 jugak haha! Macam biasa, perkembangan cerita agak slow awal2 ni, dan diharapkan lebih banyak action dan battle dipaparkan pada episod-episod seterusnya.

  • Best ke  tak best so far


6.5 bintang dari 10

Ulasan Anime #1 - Sword Art Online


Hello dan salam lemon2 semua,

Hari ni Pengulas nak kongsi sikit satu anime yang Pengulas minat iaitu..

>> drrrrr dum dum (drum roll haha kasi gempak sikit...)

SWORD ART ONLINE


  • Jalan ceghita:
Mempamerkan perjalanan 'hidup' manusia2 yang terperangkap dalam dunia virtual gaming. Character utama dia sorang yang kuat gaming dan terlibat sebagai beta tester untuk game Sword Art Online (atau lebih pendek dikenali sebagai SAO). Sape2 yang beli game ni masa launch seolah-olah menjadi bahan eksperimen hidup untuk the game/diving system creator (untuk masuk dunia game virtual) iaitu si Encik Kayaba ni. Kalau diorang mati dalam in-game meaning diorang akan mati jugak in real life. So, insan2 tak bertuah ni terpaksa berlawan bermati-matian untuk complete the game sebab itulah saja cara untuk melepaskan diri dari terperangkap dalam dunia virtual forever and ever...
  • Komentari
Cerita ni best sebab konsep yang digunakan iaitu 'live virtual gaming experience'. Lemon2 yang gamers tu xdela duduk kat atas sofa menghadap tv atau lappy korang but instead korang literally living the game. Lukisannye cantik and music yang digunakan sangat gempak, ada yang argue yang anime ni hype je lebih but for me, it has its own charm. Eksposisi cerita agak lembab to be honest, so korang boleh expect untuk kebosanan sedikit dalam first few episodes. Tapi gradually become menarik. Ada adegan cintan-cintun yang pengulas minat dan part action dia pon best.
  • Berapa bintang pengulas nak bagi ni
9 bintang dari 10

  • Lemon-lemon sekalian mungkin turut berminat pada




Alfheim Online (SAO season 2)








Gun Gale Online (SAO season 3)








Log Horizon








.hack series

Tanggapan Awal Anime #1 - Ore, Twintails Ni Narimasu

Disebabkan belog ni blog baru, tak tahu nak buat apa haha.
So, daripada aku bebel kat korang pasal hidupku yg biasa-biasa aje, jom kita usya anime  yang baru kuar.

Ore, Twintails Ni Narimasu


Okay dari gambar main character kat atas tuh,  nampak macam badass kan?? Oh, itu sebenarnye bergantung pada taste korang haha.

  • Jalan ceghita ep 1:

Mengisahkan kehidupan sorang budak sekolah nih yang minat kat rambut ikat "twintail". (Okay, aku tau pat ni je dah macam start meraban lol." Nama dia 'So' x silap. Dia ni admire sangat kat si gadis president council yang memiliki twintail blonde yg sangat kiut miut. Dan jeng jeng jeng.. Tetiba datang satu insan misteri kat So dan kawannye - juga ada rambut twintail - dan offer satu bracelet yang bagi power, dan insan misteri ni mintak tolong kat diorang sebab ada satu kuasa alien jahat nak menghapuskan kewujudan rambut twintail. Dan dari bracelet ni jugak la si So ni dapat kuasa transformasi ("henshin") untuk menentang kejahatan dan kezaliman.

  • Kembali menonton?

Ya untuk sekarang, sebab dia ada elemen kelakar dan action. Aku ada soft spot kat magical girl. Tapi, kat sini ada weird sikit sebab ada twist kat magical 'girl' tu.

  • Best ke... tak best
6 bintang dari 10

Update: in the end, aku tak follow pon anime ni. BOOOORIIIINGGG






Hi, it's me.. again :P

Okay, sebenarnya dah lama nak buat blog merapu. (Macam blog sebelum ni tak merapu pulak? lolz). Takpe, takpe, sementara tak berkerjaya ni boleh la mengarut sana sini dulu.



Post Hangat!!!! lol ;p