Menyelak tirai lampau,
Sewaktu kat Smks 18 dulu-dulu,
Bumi aku mengenal realiti hidup,
Mengetahui jenis insan,
Memahami ragam manusia.
Emosi,
Mengenang persahabatan di 18,
Yang kini hanya noktah,
Mengikat ketat sukar terurai,
Mungkin hanya aku yang begini,
Mungkin hanya aku berperasaan sendiri.
...
Suasana sejuk petang-petang macam ni, tetiba membuat aku mencungkil balik memori-memori kat 18 dulu. Entah, aku rasa sayu. 18 bukan sekadar tempat aku belajar. Tapi, 18 membuka mata aku seluas-luasnya tentang kehidupan sebenar. Kehidupan tanpa keluarga di sisi. Kawan-kawanlah segalanya. Boleh aku katakan, yang segala masalah, kawan-kawan lebih tahu. Sehinggakan keluarga dirasakan terlalu jauh, hanya sebagai satu sumber kewangan.
Aku menjadi berani di 18. Bangun pagi sendirian tak menjadi masalah. Hantu segala bukan batu penghalang bagi aku. Namun, dalam keberanian, aku sentiasa takut. 'Program2' yang senior aturkan selalu menghantui. Elemen pembulian sentiasa wujud. Fire drill, perjumpaan surau dll. Kadang-kadang hanya samaran. Namun, ketakutan itu aku kuasai, kerana wujudnya kawan-kawan yang mana aku rasa semangat itu disalurkan kepada diri hanya dengan kehadiran mereka.
Kerana itu, sejujurnya aku boleh katakan yang hubungan aku dengan kawan lebih rapat. Sehingga aku sendiri merasa janggal apabila berada dalam keluarga di rumah. Aku rasakan persahabatan yang aku alami kat 18 sangat sincere dan tulus. Kawan-kawan di mana aku boleh menjadi diri sendiri. Bukan persis cicak chameleon melindungi warna.
Boleh aku katakan, aku sangat sayangkan kawan-kawan 18 aku. Dan aku menjadi sangat sangat rapat dengan sesetengah mereka. Walaupun, diri aku dan diri mereka merupakan entiti yang boleh dikatakan berbeza, seolah-olah dari dua dunia berlainan. Masing-masing ada sikap masing-masing. Mereka gembira, aku gembira. Diorang sedih, aku sedih. Aku happy, diorang happy. Aku sedih, diorang pun sedih.
Sebab tu, waktu aku dapat tawaran untuk pindah sekolah. Aku rasa sedih sangat-sangat. Bermacam-macam cubaan aku cuba untuk menggagalkan usaha famili aku (yang mana aku rasa famili aku sungguh tidak memahami, dan tidak memikirkan apa yang terbaik bagi aku) dari memindahkan aku ke sebuah sekolah asrama penuh. Waktu tu aku selalu menangis. Kalaulah aku bukak almari aku sekarang ni, hampir separuh almari tu penuh dengan hadiah2 dan surat2 dari zaman 18. Sehinggakan, ada yang menangis depan aku.
Apa yang aku lalui pada waktu tu, bagi aku sangat memeritkan. Sehingga aku tidak mahu terus belajar kerana aku rasakan masa depan aku sia-sia tanpa diorang. Ditambah lagi sikap negatif famili yang bagi aku ketika itu sungguh tandus dan menjengkelkan, memerli keadaan aku. Lagi-lagi diasak dengan pelbagai persoalan, meminta jawaban dan sebab ketidakmahuan aku untuk bertukar sekolah, bertanya perihal aku dan kawan-kawan yang bagi aku selama ni tidak pernah kisah asalkan keputusan peperiksaan bagus.
Disebabkan perhubungan persahabatan yang mendalam, sentimental, kuat namun aneh ini diputuskan begitu sahaja atas dasar perubahan sekolah. Aku telah berjanji pada diri aku.... Resolusi.
Resolusi,
Agar diri ini senantiasa 'bebas',
Tidak mengikat diri dengan kekariban persahabatan,
Mengosongkan jiwa dari kasih sayang,
Resolusi,
Tidak menangis tatkala berpisah,
Tidak pula gembira pabila bertemu,
Hubungan insan sekadar pakai buang,
Berkomunikasi hanya untuk terus hidup,
...
Aku pernah berjanji pada diri. Yang aku tidak akan sekali-kali membenamkan diri dalam persahabatan seperti mana yang aku lalui ketika di 18 sekali lagi. Kerana semuanya sangat-sangat menyengat jiwa raga aku. Berkawan sekiranya ada persamaan. Bertemu apabila ada kegunaan. Kerana itu, aku lebih suka berbicara sendirian. Kerana HANYA AKU yang memahami DIRIKU, juga tuhan yang menyaksikan. Bukan orang lain. bukan sesiapa.
Hasilnya, aku hidup dalam penipuan. Berubah personaliti mengikut suasana. Sukar bertutur sekiranya wujudnya elemen berbeza. Dan aku lalui segala-galanya sebegini. Sampaikan, aku tidak sedih meninggalkan Kisas, aku tidak sayu melepaskan Kmb. Walaupun aku akui, ada elemen2 yang aku treasure dalam kedua-dua institusi yang aku tulis tadi. Apa yang perlu, hidup mesti diteruskan. 18 begitu memberi impak sepanjang hidup aku.
-----------------------------------------
Tapi, hari ni. Aku menangis lagi. Pernah aku sering berdoa untuk, dilesapkan segala data-data kenangan yang tersimpan di dalam otak, agar aku tidak dibelenggu sebegini.
Kini, aku di Nottingham. Tanpa aku sedari, keadaan seolah-olah memaksa aku untuk mencabul resolusi. Aku kembali menangis pabila berpisah. Gembira tatkala bertemu. Mungkin, situasi kini seolah-olah ada persamaan dengan dulu.
Dan, di sini aku tersepit antara EMOSI dan RESOLUSI sekali lagi
Oh tuhan, berikan aku kekuatan. Lorongkan aku ke jalan yang engkau redhai. Oh tuhan, kurniakan aku semangat. Sesungguhnya dugaanmu amat berat bagiku...
Yang sayu.
nota kaki: Pls dont misinterpret ya. I love my family more than anything. All these crises made me a more matured person. What's written in this post depicts solely my feeling during the conflicts and yeah I was a young lad at that time.
No comments:
Post a Comment
No maki hamun ok, dosa tau!