Warning to reader (if there's any). My blog may not contain fairy tales where all the stories are sweet and nice. If you feel that you're going to puke because of the emotional journey and negativity of my blog, find another damn blog to read.

Wednesday, November 16, 2011

Tragik

Garaplah... Bukan main kejar-kejar ye. lol
Aku tersedar dari lena,
Sambil kolam mata bergenang,
Aku menangis pasca mimpi yang tragik.

Aku cuba menggigihkan diri,
Memutar pita memori,
Mencungkil kembali rakaman mimpi yang tragik.



Namun aku gagal,
Kotak fikiranku tidak bisa,
Menggarap apakah yang berlaku,
Tidak mampu mengingat siapa pelaku,
Yang diketahui,
Hanyalah aku bermimpikan suatu yang tragik,

Mungkin inilah rasanya,
Jika hilang ingatan,
Persis drama-drama di televisi,
Dan aku terus menangis,
Tanpa mengetahui apakah yang tragik.


Namun, tragik mimpiku, tidak terbanding dengan tragedi insan melupakan Pencipta. Adalah lebih tragik sekiranya insan, setelah dikurniakan hidayah, insan itu berpaling menjarakkan diri kembali daripada asal usulnya. Adalah lebih malang, sekiranya hidayah-hidayah itu menerpa-nerpa bagaikan dedaunan berterbangan di depan mata, tetapi tangannya berat untuk mencapai dan menggarap dedaun itu.

Dedaunan itu, yang menari-menari di hadapan, akhirnya akan pergi ditiup angin andainya dibiarkan. Mungkin saja, tiada lagi dedaunan berterbangan di depan mata, lantas segala sesalan sudah terlambat.


"Tuhanku yang memelihara hati, janganlah Kau pesongkan hati kami, setelah Kau berikan hidayahMu, rahmatilah kami dan lorongkan kami ke jalan yang Kau redhai. Sesungguhnya, hanya padaMu tempat kami bergantung dan memohon"

No comments:

Post a Comment

No maki hamun ok, dosa tau!

Post Hangat!!!! lol ;p