Warning to reader (if there's any). My blog may not contain fairy tales where all the stories are sweet and nice. If you feel that you're going to puke because of the emotional journey and negativity of my blog, find another damn blog to read.

Sunday, November 6, 2011

Re: Keep It To Yourself

Kerana adanya permintaan untuk mendapatkan pendapat saya tentang isu ini. Maka, saya suka untuk memberi respon dari kaca mata saya. Ingin saya ingatkan bahawa:

Segala apa yang saya tulis hanyalah pendapat peribadi. Skop tulisan adalah dalam negara Malaysia. Boleh jadi saya benar dan boleh jadi saya salah. Apa yang penting ialah memproses dengan kritis dan bukan menerima bulat-bulat.



1) Garis Pembahagi

Adalah amat perlu bagi setiap manusia untuk merujuk kepada sesuatu dalam menentukan mana yang betul dan mana yang salah, mana yang boleh dan mana yang tidak boleh. Dengan ini saya merujuk pada agama yang saya junjungi iaitu Islam. Islam menggariskan bahawa setiap makhluk itu diciptakan berpasang-pasang. Langit dan bumi, siang dan malam, betina dan jantan, dan dengan itu lelaki dipasangkan dengan wanita. Ianya sesuatu yang mudah difahami maka, tidak perlu saya terangkan lebih lanjut. Saya harap ianya selamat untuk menyatakan orang yang sedang membaca tulisan ini adalah orang yang berfikir.

Kesimpulan kecil yang dapat dibuat di sini, hubungan yang diluar lumrah/fitrah manusia (eg: LGBTQ) adalah ditolak.

2) Kewujudan

Dari mana hadirnya isu ini. Adakah ianya Nature atau Nurtured? Pada saya LGBTQ dibentuk kerana ianya terkondisi dari pelbagai situasi dalam masyarakat. Yang mana antaranya ialah yang akan diulas dalam point ke- 3. Saya kurang percaya ianya merupakan suatu Nature. Tidak bermaksud saya menidakkan potensi Nature dalam menyumbang ke arah perkara ini.

Saya 99 peratus yakin bahawasanya Nurture merupakan penyumbang terbesar terhadap merebaknya isu LGBTQ. Ianya boleh jadi di rumah: [cth; lelaki yang mempunyai adik-beradik perempuan yang ramai, perempuan yang sepupunya/saudara-maranya kebanyakannya lelaki, ayah yang mendera, ibu yang overprotective, ajaran pengasuh, paparan television dsb.] Juga di sekolah: [cth; Pengaruh rakan-rakan, lelaki lembut yang dipulaukan, ejekan guru, perasaan bangga terhadap perhatian, rerantai dan mangsa dsb]. Juga di tempat kerja, juga propaganda media dll.

3) Rerantai dan Mangsa

Saya suka untuk membawa satu analogi:

Situasi 1
"Z tidak pernah menghisap rokok. Pertama kali Z cuba hisap ialah rokok daun. Z terbatuk-batuk dan muntah sedikit apabila hisap. Z tidak suka kan rokok.

Kerana dipaksa/dipengaruh kawan, Z hisap rokok walaupun dia bencikan rokok. Kali kedua hisap, dia batuk sedikit. Kali ketiga hisap, dia sudah tidak batuk lagi.

Z mula sangap dan dahagakan rokok. Walaupun pada mulanya Z bencikan rokok, akhirnya Z mencari rokok"

Cuba kita kaitkan dengan isu LGBTQ. Contohnya isu gay:

Situasi 2
"X seorang lelaki straight. Pertama kali masuk asrama, X dah 'kena' dgn senior/kawan. X menangis sorang-sorang dan membenci senior/kawan. X tak berani laporkan dan segalanya senyap.

Keran dipaksa/dipengaruh, X 'kena' lagi. Kali kedua 'kena' X nangis sedikit. Kali ketiga 'kena' X rasa 'sedap'. 

X mula sangap dan dahagakan di'kena'kan/me'ngena'kan. Walaupun pada mulanya X merasa sangat benci, akhirnya X mula meliar"

Pemberat situasi 1 dan 2 berbeza tetapi serupa. Rokok amat membahayakan kerana selepas itu Z mungkin akan mencari ganja, dadah dsb. Manakala gay amat membahayakan kerana X yang selama ini merupakan mangsa akan akan mula menjadi pemangsa. Maka terbentuklah rantai-rantai maksiat yang berterusan dan hanya tuhan sahaja yang tahu sama ada rantai itu terputus ataupun kian menyambung.

4) Tanggapan

Banyak contoh masyarakat Malaysia silap dalam menanggapi masalah ini. Contoh:

Perlu dinyatakan di sini, di Malaysia LGBTQ kebanyakannya berlaku secara underground/ secara senyap-senyap. Satu perkara yang dapat dilihat ialah, lelaki2 lembut yang sering disisihkan. Berbanding dengan LGBTQ, yang haluannya sudah tersasar, masyarakat sering menyerang golongan lelaki lembut kerana mereka 'obvious'.

Tak paham?? Apa yang ingin diperkatakan di sini, lelaki lembut TIDAK sama dengan LGBTQ. Perbezaannya, yang obvious/ yang mudah dikesan ialah lelaki lembut. LGBTQ selalunya tak dapat dikesan. Memang tak dinafikan yang lelaki lembut berpotensi besar untuk menjadi LGBTQ. Atas sebab2 di bawah.

Apabila segala tenaga dan usaha disasarkan ke arah lelaki lembut, mereka mula mengasingkan diri dari masyarakat dan dalam pada masa yang sama membentuk satu 'komuniti' baru lelaki lembut. Dan dari sini, mereka ada sesi perkongsian (sharing session), yang mana membolehkan perasaan/tarikan songsang didevelop.

Kerana itu, masyarakat sewajarnya, mengalihkan fokus dan tenaga untuk solve the root problem iaitu masalah LGBTQ itu sendiri. Dan dalam pada masa yang sama tidak mengenepikan/memulaukan lelaki lembut.

p/s: secara jujurnya ianya sesuatu yang sukar dilakukan sebab aku sendiri pun geli/anti dengan orang2 lembut.

5) Pendekatan

Masyarakat kena gunakan konsep apa yang aku panggil 'Keterbukaan Berpenutup'. Konsep ini suatu oxymoron. Saya tidak bersetuju dengan konsep 'total liberalisasi'. Dalam menyelesaikan isu ini, sedikit sebanyak kena membuka minda dan menerima bahawa LGBTQ ini memang WUJUD di Malaysia. Secara mudahnya, untuk terangkan konsep 'Keterbukaan Berpenutup' ni:

Bencikan dosanya, bukan pembuat dosa. Kerana pembuat dosa perlu diselamatkan. Dan kita juga mungkin akan dipertanggungjawabkan nanti.


.
.
.
..

Ok, aku tahu, banyak lompang sana-sini dalam penghujahan aku. Sebab tu aku kata, I can be right and I can be wrong. Disebabkan aku nak study, I'll wrap this issue once and for all.

Kesimpulannya, golongan LGBTQ diuji dengan ujian yang maha berat. Dugaan yang mereka hadapi berbeza dengan dugaan manusia 'normal'. Mari sama-sama memperingati bahawa sekiranya, LGBTQ ini mampu mendidik hawa nafsu mereka yang 'berbeza', dan kita sama-sama membantu LGBTQ, ganjaran yang dapat di akhirat sangat sangat sangatlah besar.


1 comment:

No maki hamun ok, dosa tau!

Post Hangat!!!! lol ;p